Antara gerai di Bazar Ramadan Bandar Kinrara yang mendaftar perniagaan melalui saluran e-dagang, Platform Selangor (PLATS) pada 19 April 2021. /Foto MUSTAKIM RAMLI SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

10,045 usahawan sertai PLATS luaskan peluang niaga

SHAH ALAM, 14 JUN: Seramai 10,045 peniaga berdaftar dalam Platform Selangor (PLATS) sejak program itu dilancarkan dua tahun lalu yang membantu golongan tersebut meluaskan perniagaan.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memaklumkan jumlah itu melibatkan pendaftaran 7,177 peniaga sepanjang 2021 manakala 2,868 orang menyertainya tahun ini.

“Kebanyakan peserta menjual makanan dan minuman. Menerusi platform ini, mereka dapat menjana pendapatan selain menerima bimbingan bagi mengembangkan operasi niaga,” kata pemberbadanan itu.

Jelas MBI, pihaknya turut mendapat kerjasama pihak berkuasa tempatan dalam usaha memacu ekonomi peniaga dengan pendaftaran tertinggi dari Majlis Perbandaran Kajang seramai 463 orang.

PLATS diperkenal Ramadan dua tahun lepas bagi melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor menerusi platform digital susulan penularan wabak Covid-19.

Pada 11 April tahun lalu, PLATS 2.0 dilancarkan bagi membantu peniaga menjana pendapatan sepanjang masa, tidak terhad ketika bulan puasa sahaja dan diteruskan

Platform maya siri 3.0 itu diteruskan tahun ini pada April melibatkan kerjasama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Rakan Digital Selangor (RDS).


Pengarang :