Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Enam daerah di Selangor dijangka mengalami hujan lebat hingga jam 9 pagi

SHAH ALAM, 28 JUN: Enam daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang dijangka mengalami hujan lebat hingga jam 9 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata kawasan lain terbabit adalah seluruh negeri Perlis dan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena serta Pendang di Kedah.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :