Jemaah haji melakukan tawaf mengikut tatacara operasi piawai (SOP) ketat susulan penularan Covid-19. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kumpulan pertama jemaah haji dijadual berlepas Sabtu ini

PETALING JAYA, 2 JUN: Syarikat penerbangan Arab Saudi, Saudia bakal menerbangkan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia ke tanah suci pada Sabtu ini.

Mereka dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 1.35 tengah hari (waktu Malaysia) dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 4.55 petang (waktu tempatan), lapor portal Kosmo!.

Menurut jurucakap Tabung Haji, penerbangan terakhir untuk jemaah haji pula dijadualkan pada 3 Julai depan.

“Pesawat terakhir akan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah pada pukul 12.45 malam, 3 Julai 2022 menerusi pesawat Malaysia Airlines,” katanya.


Pengarang :