Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Hujan lebat dijangka melanda Sabak Bernam hingga jam 1 tengah hari

SHAH ALAM, 2 JUN: Daerah Sabak Bernam, Selangor diramal dilanda hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga jam 1 tengah hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) amaran sama turut membabitkan seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang, kawasan Kubang Pasu, Kota Setar dan Kuala Muda di Kedah; Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak; Saratok, Kabong, Sarikei, Meradong, Sibu, Mukah, Tanjung Manis, Daro, Matu, Dalat di Sarawak; Beaufort dan Papar di Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :