Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur pada 27 April 2022. Foto BERNAMA
AGENDAJENAYAH

Pelakon terlibat kes pukul dibebas dengan jaminan polis

KUALA LUMPUR, 20 JUN: Seorang pelakon lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat kes pukul seorang penduduk kondominium di Sentul di sini Khamis lepas telah dibebaskan dengan jaminan polis tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata lelaki warga tempatan berusia 30-an yang direman bagi membantu siasatan itu, telah dibebaskan dengan jaminan selepas polis selesai merekodkan keterangannya.

Beliau ketika dihubungi berkata kertas siasatan melibatkan suspek akan dilengkapkan segera untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan lanjut.

Beberapa media sebelum ini melaporkan pelakon itu ditahan selepas dikatakan menumbuk dan menendang seorang lelaki yang dipercayai sedang bertengkar dengan pengawal keselamatan kodominium berkenaan.

– BERNAMA

 


Pengarang :