Pelajar teknologi automotif Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) memeriksa keseluruhan kereta yang ditenggelami air banjir termasuk pendawaian secara teliti. FOTO FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Pusat kemahiran negeri tawar 10 kursus, lepasan SPM dipelawa mohon

SHAH ALAM, 27 JUN: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditawar mengikuti 10 kursus di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) yang di biayai biasiswa Kerajaan Negeri.

Pusat kemahiran negeri itu memaklumkan pengambilan terhad kepada 25 pelajar untuk setiap kursus kemahiran ditawarkan bagi sesi Julai dan Ogos 2022.

“Kerajaan Negeri menerusi Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) turut menawarkan biasiswa kepada pelajar.

“Mereka yang berminat boleh mendaftar melalui www.stdc.edu.my/daftarsekarang.php dan hubungi 0332812616/21 untuk pertanyaan,” katanya di Facebook.

Sebanyak 10 kursus kemahiran yang ditawarkan ialah teknologi automotif, semburan cat, teknologi motosikal, teknologi elektrik, penyaman udara, fesyen, terapi spa, kulinari, pastri dan teknologi sistem komputer.

STDC merupakan institusi pendidikan teknikal yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sebagai pemegang saham terbesar di dalam syarikat.

Pada Ogos 2020 Kolej Antarabangsa INPENS yang bertempat di Kuala Selangor dijenamakan semula sebagai STDC bagi memperkasakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET).


Pengarang :