DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ketika menyaksikan perlawanan bola sepak Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office
SELANGOR

Raja Muda Selangor berangkat saksi perlawanan Kelayakan Piala Asia

SHAH ALAM, 13 JUN: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan berangkat menyaksikan perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lalu.

Menurut Selangor Royal Office di Facebook, Tengku Amir Shah menonton perlawanan bola sepak itu yang menyaksikan Malaysia tunduk 1-2 kepada Bahrain.

Turut hadir bersama Baginda ialah Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sabtu lalu, Malaysia tewas kepada Bahrain dalam perlawanan kedua Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023.

Kekalahan itu menyaksikan skuad Harimau Malaya terpaksa melepaskan status juara Kumpulan E ke tangan Bahrain yang mengutip enam mata maksimum daripada dua perlawanan.


Pengarang :