Salah seorang penduduk yang terjejas akibat fenomena air pasang di kawasan Bagan Tanjong Keramat menerima sumbangan daripada wakil rakyat Bukit Melawati. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Wakil rakyat Bukit Melawati bantu tujuh keluarga baik pulih kediaman

SHAH ALAM,23 JUN: Wakil rakyat Bukit Melawati membantu tujuh keluarga dikawasan Bagan Tanjong Keramat, Kuala Selangor untuk baik pulih kediaman masing-masing.

Juwairiya Zulkifli berkata setiap kediaman menerima bantuan wang tunai RM500 bagi tujuan pembaikan kecil.

“Saya turun padang melihat sendiri keadaan rumah yang uzur akibat sering berlaku kejadian air pasang baru-baru ini.

“Sumbangan kecil diberikan kepada keluarga yang perlu membuat baik pulih lantai papan di rumah masing-masing,” katanya kepada SelangorKini.

Juwairiya turut berharap sumbangan itu dapat meringankan beban penduduk terbabit.

Wakil rakyat Bukit Melawati meninjau keadaan rumah di kawasan Bagan Tanjong Keramat, Kuala Selangor yang terjejas akibat fenomena air pasang. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli

 


Pengarang :