Fasa pertama projek pembangunan Rumah Idaman di Pangsapuri Idaman Abadi, Persiaran Tropicana Heights, Semenyih, Kajang siap sepenuhnya awal Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Denda pemaju gagal bina rumah mampu milik ikut tempoh

SHAH ALAM, 26 JULAI: Caj bayaran baharu atau denda perlu dikenakan terhadap pemaju yang gagal membina Rumah Selangorku walaupun projek sudah mendapat kelulusan.

EXCO Perumahan Rodziah Ismail berkata terdapat keperluan menguatkuasakan undang-undang berkenaan demi membantu penduduk negeri ini memiliki kediaman masing-masing.

“Ada pemaju dapat kelulusan tapi masih tak bina. Ini memberi kesan kepada bekalan rumah, jadi mungkin kita perlu kenakan caj baharu kepada mereka.

“Saya rasa sudah sampai masa untuk Kerajaan Negeri meletakkan syarat baharu kerana ada projek rumah yang sudah dapat kelulusan tetapi 10, 20 tahun masih tidak bina. Jadi, kena buat penguatkuasaan,” katanya.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Sungai Panjang Datuk Imran Tamrin berhubung projek Rumah SelangorKu pada sesi soal jawab sidang Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Sebanyak 24,428 unit Rumah Selangorku berjaya disiapkan dan ditawar kepada penduduk sejak 2018 sehingga 15 November 2021.

Rumah jenis C paling banyak siap iaitu 9,294 unit diikuti jenis D (7,822 unit), jenis B (4,122 unit) manakala jenis A (2,019) dan jenis E (1,171).


Pengarang :