AGENDANASIONAL

Klang, Kuala Langat dijangka hujan lebat, ribut petir hingga 11 pagi

SHAH ALAM, 19 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir bagi daerah Kuala Langat dan Klang di Selangor hingga jam 11 pagi ini.

Amaran sama turut membabitkan Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, seluruh Pulau Pinang; Kuala Krai, Kelantan dan Kuantan, Pahang.

Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :