Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Lembah Klang dijangka ribut petir, hujan hingga 2 pagi esok

SHAH ALAM, 22 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh daerah di Selangor sehingga 2 pagi esok.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang.

Kawasan di Kedah pula melibatkan Kuala Muda dan Kulim, Perak (Batang Padang dan Muallim), Pahang (Lips, Raub dan Bentong) serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson).

Manakala Sarawak di Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Seri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :