Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Utama Kuala Selangor pada 2 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Motosikal, basikal menanti pengunjung bertuah di Jelajah Selangor esok

SHAH ALAM, 30 JULAI: Orang ramai berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa motosikal, basikal dan telefon pintar pada program Jelajah Selangor Penyayang di Gombak esok.

Pengunjung bertuah juga bakal menerima televisyen 42 inci, skuter elektrik dan komputer riba pada karnival yang berlangsung di Padang Awam Batu Caves bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Bermula 8 pagi hingga 5.30 petang, program anjuran Kerajaan Negeri yang disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Acara sama dijayakan di Taman Kosas Ampang Jaya, Dataran Pantai Morib Kuala Langat Stadium Utama Kuala Selangor dan Dataran Boulevard Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Program turut diserikan dengan persembahan artis, pertandingan gusti lengan, futsal, sukan rakyat, permainan dalam talian Mobile Legends, pameran dan jualan makanan.

Inisiatif itu dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Turut dilaksana, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.


Pengarang :