Salah sebuah kediaman diserbu Majlis Perbandaran Klang (MPK) selepas dikesan mengubah suai rumah menjadi premis perniagaan di Meru, Klang. Foto Facebook MPK
PBTSELANGOR

MPK sita kediaman warga asing ubah suai jadi kedai runcit

SHAH ALAM, 16 JULAI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyerbu 11 kediaman warga asing yang diubah suai menjadi premis perniagaan di Meru, Klang dekat sini semalam.

Timbalan pengarah penguat kuasa MPK berkata serbuan dilakukan selepas menerima maklumat orang awam berhubung kegiatan perniagaan yang dikendalikan warga asing.

Menurut Shahrul Hazri Abd Majid siasatan lanjut mendapati mereka menjalankan aktiviti penjualan minuman keras di rumah kediaman yang dijadikan kedai runcit itu.

“Siasatan mendapati kesemua aktiviti perniagaan tidak mempunyai lesen. Kita juga menyita barang-barang perniagaan yang dianggarkan bernilai puluhan ribu ringgit,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Shahrul Hazri serbuan tersebut merupakan serbuan kali ke tiga tahun ini di lokasi yang sama.

“Kita berharap warga tempatan terus bekerjasama dengan MPK dalam mengekang aktiviti seperti ini pada masa depan,” katanya.


Pengarang :