Semua pemain bergambar sebelum bermula kejohanan Golf Tourism Selangor 2022 di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya pada 23 Julai 2022. Foto TOURISM SELANGOR
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tourism Selangor promosi pelancongan sukan, 132 sertai kejohanan golf

PETALING JAYA, 23 JULAI: Seramai 132 peserta terlibat dalam Kejohanan Golf Tourism Selangor 2022 kali keempat di Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara di sini.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata pertandingan 18 lubang tahun ini disertai peserta tempatan dan antarabangsa antaranya Brunei, Jepun, United Kingdom, Korea dan Singapura daripada pelbagai latar belakang termasuk wakil jabatan dan anak syarikat Kerajaan Negeri.

“Ia dianjurkan setiap tahun di lokasi serta kelab golf berbeza dan sebahagian daripada inisiatif mempromosi kempen ‘Pusing Selangor Dulu’.

“Insya-Allah kejohanan ini akan dimasukkan dalam kalendar tahunan dan tahun depan kita bercadang menganjurkannya lebih besar serta meriah melibatkan banyak pihak,” kata Azrul Shah Mohamad.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad bercakap kepada media pada majlis penutup kejohanan Golf Tourism Selangor 2022 di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya pada 23 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Kejohanan Golf Tourism Selangor 2022 dirasmikan EXCO Pelancongan Hee Loy Sian di Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara di sini.

Katanya, terdapat 30 kelab golf bertaraf antarabangsa di Selangor malahan ia turut menjadi pilihan pemain tempatan dan antarabangsa.

“Sukan golf ada potensi yang amat besar di Selangor dan tidak dinafikan ia mendapat pengiktirafan di Malaysia dan global. Saya yakin sukan ini mampu membantu meningkatkan ekonomi negeri,” katanya.

Terdahulu, Kejohanan Golf Tourism Selangor 2022 kali keempat itu menawarkan piala kejohanan dan hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM200,000.

Kejohanan itu turut mendapat sokongan dan tajaan daripada Tourism Malaysia; Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI; Selgate Corporation, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor; Permodalan Negeri Selangor Berhad dan The Malaysian Golf Association.


Pengarang :