Rodziah Ismail menyampaikan sumbangan ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Ceria ke Sekolah dan TAWAS di Dewan Beringin, Shah Alam pada 15 Disember 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Enam langkah mudah daftar tabung RM500 untuk anak lahir tahun ini

SHAH ALAM, 5 OGOS: Dengan hanya enam langkah mudah, ibu bapa yang memiliki anak baru lahir tahun ini berpeluang menerima bantuan tabungan Iltizam Anak Selangor berjumlah RM500.

Menerusi infografik dikongsikan Dato’ Menteri Besar di Facebook, pendaftaran pemohonan yang dibuka sejak 1 Ogos boleh dilakukan di pautan anas.yawas.com.my

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program dengan peruntukan RM3 juta bagi menggantikan Tabung Warisan Anak Selangor menyasarkan seramai 30,000 bayi menerima manfaat tabungan RM100 setahun selama 5 tahun menerusi akaun SSPN Prime.

“Kerajaan Selangor sentiasa mengutamakan sektor pendidikan untuk kepentingan masa depan anak-anak negeri ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata manfaat yang terkandung dalam program berkenaan hanya boleh dikeluarkan apabila peserta mencapai umur 18 tahun.

Berikut enam langkah permohonan:

Dokumen yang diperlukan seperti berikut:

 

 

 


Pengarang :