Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan bantuan keperluan asas termasuk pelitup muka dan cecair pembasmi kuman kepada penduduk Taman Batu Caves pada 4 April 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: 600 keluarga bebas status asnaf, LZS terus rancak agih bantuan 

SHAH ALAM, 22 OGOS: Seramai 600 keluarga berjaya keluar daripada senarai asnaf antara Januari hingga Jun lalu dan tidak lagi memerlukan bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menurut Dato’ Menteri Besar, agensi itu turut memperuntuk RM69.3 juta tahun lalu menerusi program Zakat Selangor Peduli yang menyediakan 19 inisiatif bantuan.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan usaha itu berjaya memanfaatkan hampir 60,000 penduduk dan lebih 400 institusi yang memerlukan di negeri ini.

“Usaha ini selari dengan aspirasi negeri penyayang. Moga dipermudahkan kehidupan para pembayar zakat,” katanya di Facebook hari ini.

Beliau memaklumkan LZS sedang membuat kajian untuk menaikkan elaun asnaf mengikut kadar had kifayah dengan membuat pemerhatian teliti bagi mengimbangi pelbagai faktor.

“Agenda kebajikan sentiasa diutamakan di negeri ini agar nasib setiap rakyat terjaga,” kata Amirudin lagi.


Pengarang :