Kerja membaiki dan menaik taraf sistem saliran dijalankan berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lick Hung, Subang Jaya. Foto MBSJ
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSJ tutup jalan, laksana kerja naik taraf saliran

SHAH ALAM, 22 OGOS: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melaksanakan penutupan jalan bagi kerja menaik taraf sistem saliran dan kerja berkaitan di sebahagian jalan SS 19/7, Subang Jaya dekat sini.

Timbalan pengarah Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik berkata penutupan jalan  dalam dua fasa itu bagi menangani isu banjir di kawasan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lick Hung dan Masjid Abu Bakar As-Siddiq.

Katanya, fasa pertama melibatkan laluan sepanjang 80 meter bermula di Restoran Choy Kee dan Pusat Tusyen Literasi dari 12 Ogos hingga 12 September manakala fasa kedua bagi penutupan jalan di belakang Klinik Dr Rosli hingga simpang Jalan SS19/7 dan SS19/7A dalam jarak sama bermula 13 September hingga 13 Oktober.

“MBSJ menyediakan penunjuk arah, notis pemberitahuan serta ‘plastic barrier’ yang diletakkan di lokasi berkaitan untuk melancarkan aliran lalu lintas.

“Ia bagi membantu pengguna jalan raya mengikuti sistem pengurusan lalu lintas sementara ini dan pengguna disarankan untuk menggunakan jalan alternatif di jalan SS 19/2,” kata Azfarizal Abdul Rashid dalam kenyataan.

Menurut beliau, pembukaan semula laluan dijangka dilaksana pada 27 Oktober setelah selesai kerja menai ktaraf sistem saliran.

Pelanggan juga digalak melayari laman sesawang MBSJ di www.mbsj.gov.my dan platform media sosial rasmi, Facebook, Instagram dan Twitter untuk mengetahui mengenai hebahan atau perkhidmatan talian disediakan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Pusat Panggilan dan Kawalan MBSJ (Command Center) di talian 03-80247700.


Pengarang :