Aksi pemain pasukan PJ City FC Darren Yee Deng Lok (kiri) diasak pemain pasukan Selangor FC ketika perlawanan Liga Super, PJ City FC menentang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya pada 21 Ogos 2022. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Tiada lagi alasan untuk gagal, Selangor FC digesa beraksi lebih baik

SHAH ALAM, 22 OGOS: Selangor FC digesa memberi aksi yang lebih baik selepas tewas kali empat kali berturut-turut dalam saingan Liga Super.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Jamal Kamal Hamidon berkata skuad tersebut tiada alasan untuk gagal dan ia bukan tahap sebenar pasukan berkenaan.

“Keputusan beberapa perlawanan terakhir ini tidak boleh diterima. Ini bukan tahap Selangor FC yang sepatutnya.

“Kelab menuntut lebih banyak daripada pasukan dan mereka tiada alasan untuk gagal di atas padang,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Malam tadi, skuad kendalian Nidzam Jamil itu kalah 0-1 kepada PJ City FC di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Ia adalah kekalahan keempat berturut-turut bagi pasukan itu yang mana sebelum ini tunduk kepada Terengganu 0-2, Negeri Sembilan (2-3) dan Pahang (0-2).

Selangor FC kini di kedudukan kesembilan liga dengan 16 mata dari 15 perlawanan.


Pengarang :