Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menandatangani plak sebagai simbolik perasmian Dewan Serbaguna Tengku Ampuan Rahimah (Destar) di Subang Jaya pada 4 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Sultan rasmi dewan serba guna, bantu rumah kebajikan jana pendapatan

SUBANG JAYA, 4 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan Dewan Serbaguna Tengku Ampuan Rahimah (Destar) di USJ 1, hari ini.

Turut berangkat tiba ialah DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Destar yang berkeluasan lebih 5,000 kaki dikendali badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah Selangor (Ractar).

Kompleks itu boleh memuatkan 300 tetamu dalam satu-satu masa antaranya majlis perkahwinan, acara korporat, ulang tahun dan seminar.

Sementara itu, Yang Dipertua Ractar berkata pendapatan diperoleh dari dewan itu akan disalur sepenuhnya kepada pertubuhan berkenaan dan rumah kebajikan lain.

“Sehubungan itu kita mempelawa pihak korporat, syarikat swasta untuk bekerjasama bagi membantu lebih ramai anak di rumah kebajikan,” kata Tengku Puteri Nor Zehan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dewan Serbaguna Tengku Ampuan Rahimah (Destar), Subang Jaya dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 4 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

 

 

 


Pengarang :