EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah (dua, kanan) bersama EXCO Perumahan Rodziah Ismail (kanan) menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir sempena Misi Selangor Penyayang 2.0 di Surau An-Nur Taman Mesra Kupang, Baling, Kedah pada 21 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

500 penduduk DUN Tanjong Sepat layak nikmati bantuan RM3,600 setahun

KLANG, 17 SEPT: Kira-kira 500 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Sepat bakal menerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) berjumlah RM3,600 setahun.

Wakil rakyatnya Borhan Aman Shah berkata setakat ini kebanyakan pemohon sudah dikenal pasti dengan sebahagiannya bekas penerima Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS IT (Ibu Tunggal).

“Kita menerima lebih 2,000 permohonan sejak inisiatif ini dibuka pada 1 Julai. Namun kita hanya mahu berikan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja.

“Kita tidak mahu ada yang terlepas pandang atau terlebih layak seperti sebelum ini. Kita mahu ia sampai ke sasarannya,” katanya semalam.

Terdahulu beliau melawat BoomTown@Klang di Jalan Tengku Diaudin di sini.

Bingkas dilancarkan pada akhir Jun bakal memanfaatkan 30,000 keluarga membabitkan peruntukan RM108 juta.

Program sebahagian daripada 44 insentif Iltizam Selangor Penyayang (ISP) itu membolehkan penerima mendapat bantuan bulanan sebanyak RM300 sebulan atau RM3,600 setahun.


Pengarang :