ADN Batu Tiga Rodziah Ismail (dua, kiri) bersama penerima baucar Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Pasaraya Giant, Kemuning Utama, Shah Alam pada 24 September 2022. Foto Rodziah Ismail
ADNSELANGOR

958 warga emas DUN Batu Tiga terima baucar beli-belah RM100

SHAH ALAM, 25 SEPT: Seramai 958 warga emas sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga menerima baucar beli-belah bernilai RM100 semalam.

Wakil rakyatnya Rodziah Ismail berkata baucar Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diagih secara berfasa kepada individu berusia 60 tahun ke atas yang lahir pada September dan Oktober di sebuah pasar raya dekat sini.

“Kita berpeluang memanggil semua penerima yang layak hadir ke pasar raya untuk menerima baucar secara fizikal memandangkan dua tahun sebelum ini hanya diberi dari rumah ke rumah akibat perintah kawalan pergerakan.

Penerima baucar Skim Mesra Usia Emas (SMUE) mendapatkan barangan keperluan asas di Pasaraya Giant, Kemuning Utama, Shah Alam pada 24 September 2022. Foto Rodziah Ismail

“Saya berharap penerima memanfaatkan baucar membeli barangan keperluan asas selain dinasihatkan menjaga kesihatan dan pemakanan kerana masing-masing semakin berusia,” katanya kepada Selangorkini.

SMUE diperkenalkan lebih sedekad lalu bagi menghargai warga emas negeri ini dengan setiap ahli mendapat manfaat baucar beli-belah dan khairat kematian.

Belanjawan Selangor 2022 memperuntuk sebanyak RM27.5 juta bagi kelangsungan program tahun ini.


Pengarang :