AGENDANASIONAL

Empat daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 11 malam

SHAH ALAM, 8 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan empat daerah di negeri ini dilanda ribut petir dan hujan lebat sehingga 11 malam ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan daerah tersebut ialah di Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang.

Beberapa daerah lain turut diramal keadaan sama di Pahang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :