Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas pada harga murah sempena Karnival Jualan Ehsan di Taman Perwira, Sijangkang, Kuala Langat pada 5 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah barangan asas diteruskan ke Dewan Serbaguna MBPJ esok

SHAH ALAM, 3 SEPT: Jualan murah barangan keperluan asas anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke Dewan Serbaguna MBPJ, Seksyen 7 esok.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menerusi Facebook memaklumkan produk yang ditawarkan meliputi ayam, ikan, daging import, telur ayam gred B dan sayur segar dari ladang.

Menurut agensi itu, minyak masak paket satu kilogram (kg) dijual pada harga RM2.50 sepanjang program berlangsung dari 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Menerusi perkongsian info grafik, PKPS menjual ayam pada harga RM16, ikan (RM10 perpek), daging import (RM36 perpek), telur ayam gred B (RM12.50 sepapan).

Sejak Disember tahun lepas, PKPS menjalankan program jualan murah barangan asas bagi mengurangkan beban rakyat susulan kenaikan harga barang.

Pada 25 Julai lalu, EXCO Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Ir Izham Hashim memberitahu lebih 80,000 rakyat menerima manfaat melalui program berkenaan.


Pengarang :