Peserta membuat pemeriksaan kesihatan menerusi program Selangor Saring DUN Batu Tiga di Dewan Heritier, Shah Alam pada 21 Ogos 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Program saringan kesihatan batal, peserta diminta pilih lokasi semula

SHAH ALAM, 8 SEPT: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras pada Sabtu ini dibatalkan.

Menurut EXCO kesihatan awam, program tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Peserta telah memilih lokasi berkenaan ketika pendaftaran diminta untuk membuat pemilihan semula lokasi program di aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat),” kata Dr Siti Mariah Mahmud menerusi Facebook.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Selain mengesan barah payu dara, program itu turut menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

Untuk maklumat lanjut, layari https://selangorsaring.selangkah.my/ .


Pengarang :