PBTSELANGOR

Sertai jelajah seni MDSB Sabtu ini, hadiah wang tunai menanti pengunjung

SHAH ALAM, 8 SEPT: Majlis Daerah Sabak Bernam menganjurkan jelajah seni dan budaya bertempat di Dataran Pantai Sungai Lang, Sungai Air Tawar Sabtu ini.

Bermula jam 8 pagi hingga 12 malam, pelbagai acara disediakan kepada pengunjung dengan tawaran hadiah wang tunai mencecah RM4,000.

Antara aktiviti disediakan ialah pertandingan bintang jelajah seni budaya, Battle of The Band (Rock of Malaya 1990) serta pameran dan pertandingan motor klasik.

Turut diadakan jualan industri kecil dan sederhana (IKS), bazar kraftangan, pameran dan jualan produk seni, demonstrasi seni kraftangan, mewarna batik dan kuiz seni budaya.

Juara pertandingan Battle of The Band akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 manakala pemenang bintang jelajah seni budaya memperoleh sehingga RM50.

Sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi 017-6180598 (Faizal) atau 017-3057978 (Zack).


Pengarang :