AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang

SHAH ALAM, 12 OKTOBER: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang hingga 1 tengah hari.

Agensi tersebut meramalkan cuaca sama melanda Putrajaya, Pulau Pinang serta beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :