Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat memantau kawasan berisiko tinggi banjir sebagai persediaan menghadapi monsun laut dan Fenomena Air Laut Pasang Besar di Pengkalan Nelayan Tok Muda Kapar, Klang pada 12 September 2022. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Fenomena air pasang besar diramal landa Klang esok hingga Khamis

SHAH ALAM, 24 OKT: Fenoma air pasang besar yang membawa risiko banjir dan runtuhan ban diramal berlaku di Klang mulai esok hingga Khamis.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang menerusi Facebook memaklumkan paras air laut di stesen Pelabuhan Klang dijangka setinggi 5.5 meter antara jam 5 hingga 8 pagi pada Rabu dan Khamis.

Justeru penduduk Klang dinasihat sentiasa peka dan cakna dengan keadaan semasa alam sekeliling serta mengikut arahan agensi bertanggungjawab.

“Sentiasa dapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dan arahan lanjut pihak agensi kerajaan bertanggungjawab.

“Bilik gerakan bencana daerah Klang akan turut dibuka mulai 25 hingga 28 Oktober 2022,” katanya.

Berikut talian kecemasan boleh dihubungi sekiranya berlaku bencana di Klang:


Pengarang :