Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Selangor antara 12 negeri diramal hujan lebat hingga 4 petang

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dijangka berlaku dan berlarutan hingga 4 petang ini di 12 negeri.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 12.50 tengah hari tadi memaklumkan negeri yang terlibat ialah Kedah meliputi Langkawi, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Turut terlibat Pulau Pinang; Perak di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang, manakala di Terengganu meliputi Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Di Pahang pula membabitkan Tanah Tinggi Cameron; Selangor di Gombak dan Hulu Langat; Kuala Lumpur; Negeri Sembilan; Melaka; Johor di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang); Sarawak di Limbang, manakala Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan). – BERNAMA


Pengarang :