Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan hadir ke Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang @ Homecoming ke-11 di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 1 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Sultan Selangor berkenan hadir Majlis Makan Malam UPM

SERDANG,1 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan menghadiri Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang @ Homecoming ke-11 di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, malam ini.

Ketibaan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj disambut Naib Canselor UPM Dato’ Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman dan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM Prof Madya Dr Arba’ie Sujud.

Baginda yang juga Canselor UPM kemudian berkenan melancarkan buku mewah (coffee table book) The Three Founding Faculties “Spurring The Glories of UPM”.

Sultan Selangor turut berkenan menerima penyerahan cek cura penaja utama majlis tersebut kepada UPM selain menyampaikan anugerah kepada empat penerima Anugerah Bakti Alumni, dua penerima Anugerah Perkasa Alumni dan seorang Anugerah Mutiara Alumni.

Dalam majlis itu juga, seramai 17 individu penerima Anugerah Apresiasi Alumni manakala tiga lagi menerima Anugerah Jasa Alumni.

Terdahulu, kira-kira 500 alumni seluruh negara hadir memeriahkan majlis diadakan sempena kemuncak Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021).

Majlis makan malam bertemakan Seluhur Budi Sekalung Kasih dianjurkan selepas dua tahun tidak diraikan akibat Covid-19.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi oleh Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Dato’ Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman (kanan) berkenan merasmikan buku mewah (coffee table book) The Three Founding Faculties “Spurring” The Glories of UPM sempena Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang @ Homecoming ke-11 di Dewan Besar UPM, Serdang pada 1 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :