AGENDANASIONALSELANGOR

26,913 wanita bakal terima caruman i-Suri KWSP

SHAH ALAM, 25 NOV: Seramai 26,913 wanita yang berdaftar bawah senarai e-Kasih akan menerima caruman melalui skim i-Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata insentif itu membabitkan anggaran dana sebanyak RM1.6 juta untuk disumbangkan sebagai caruman.

“Bagi menghargai jasa kaum wanita yang menjadi tulang belakang pembinaan keluarga dan masyarakat, Kerajaan Negeri bersetuju untuk bekerjasama dengan KWSP.

“(Usaha ini) bagi membantu warga Selangor yang berdaftar bawah senarai e-Kasih untuk mencarum melalui skim i-Suri KWSP,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.


Pengarang :