Orang ramai melakukan aktiviti riadah pada hujung minggu bersama keluarga di Taman Tasik Titiwangsa pada 14 Ogos 2022. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

60 peratus tidak puas hati kerajaan BN-PN, majoriti rasa negara silap arah

SHAH ALAM, 4 NOV: Sebanyak 60 peratus pengundi menyatakan tidak berpuas hati dengan kerajaan persekutuan yang ada, sementara 72 peratus pula berasa negara ini menuju arah yang silap.

Setelah kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) ditumbangkan pada Februari 2020, kerajaan persekutuan yang menggantikannya dibentuk melalui kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Menurut kaji selidik Merdeka Center antara 19 hingga 28 Oktober dalam kalangan 1,209 responden, hanya 20 peratus pengundi berasa negara berada atas landasan yang betul.

Dapatan ini menunjukkan kemerosoton enam peratus lagi daripada 26 peratus dalam tinjauan September lalu.

Sebanyak 74 peratus pengundi berpendapat negara berdepan masalah ekonomi, termasuk 31 peratus isu inflasi, 13 peratus (politik tidak stabil) dan 12 peratus (rasuah) dan 12 peratus (isu pertumbuhan ekonomi).

Tinjauan itu bertujuan mengukur pandangan rakyat Malaysia menjelang pilihan raya umum yang bermula esok.

Responden membabitkan 52 peratus Melayu, 29 peratus Cina, tujuh peratus (India), enam peratus (Bumiputera Islam) dan enam peratus (bukan Islam dari Sabah dan Sarawak).


Pengarang :