Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Shah Alam Azli Yusof menziarahi penduduk yang uzur di rumah pangsa PKNS Seksyen 16, Shah Alam pada 7 November 2022. Foto Facebook Azli Yusof
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Bina sekolah baharu di Shah Alam tampung keperluan penduduk padat

SHAH ALAM, 9 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) tekad membawa usul supaya lebih banyak sekolah menengah dibina di Shah Alam bagi menampung kepadatan penduduk di kawasan itu.

Calon gabungan itu Azli Yusof berkata rungutan tersebut sering dibangkitkan penduduk yang terbeban kerana terpaksa menghantar anak mereka bersekolah jauh dari kawasan kediaman.

“Sebelum ini penduduk di Seksyen U10, U11 dan U12 kerap mengadu tiada sekolah menengah di kawasan mereka dan terpaksa hantar anak jauh ke Meru, Bukit Jelutong.

“Selain membebankan ibu bapa, jalan raya pun jadi sesak sebab semua orang dari banyak kawasan hanya tumpu di sekolah itu sahaja pada satu-satu masa,” katanya ditemui di sini semalam.

Sebelum ini, Azli yang juga lulusan pengurusan kejuruteraan dari University of Missouri-Rolla turut berhasrat membangunkan semula rumah pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di Seksyen 16.

Dalam pilihan raya kali ini, Azli bersaing dengan Hizatul Isham Abdul Jalil (Barisan Nasional), Dr Afif Bahardin (Perikatan Nasional) dan Muhammad Rafique Rashid (Pejuang).


Pengarang :