Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sungai Buloh Datuk R Ramanan bersarapan bersama penduduk Kg Melayu Subang di Warung Subang Pit Stop, Kg Melayu Subang pada 11 November 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Calon HARAPAN Sungai Buloh tandatangan aku janji derma gaji ahli parlimen

PETALING, 13 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Sungai Buloh menandatangani aku janji tidak mengambil gaji ahli Parlimen jika menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Datuk R Ramanan berkata akuan ditandatangani semalam sebagai mengotakan janji untuk menderma gaji kepada rumah ibadat seperti yang diumumkannya pada minggu lalu.

“Saya tak akan ambil gaji, elaun jika jadi ahli Parlimen. Pihak lawan kata nanti kita putar belit jadi semalam saya tandatangan akuan sumpah. Ini inisiatif saya sendiri.

“Jumlah gaji, elaun ahli parlimen akan disumbang kepada masjid, surau, kuil, tokong dan gereja. Saya berkhidmat secara percuma jika menang PRU15. Ini khidmat saya kepada negara,” katanya.

Beliau berucap dalam program gotong-royong mencegah denggi bersama komuniti taman perumahan Sungai Buluh Country Resort Fasa 3C, hari ini.

Pada 5 November ketika berceramah di Paya Jaras, Ramanan memaklumkan tidak akan mengambil gaji walaupun RM1 dan wang berkenaan bakal diagih kepada rumah ibadat.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sungai Buloh Datuk R Ramanan bersarapan bersama penduduk Kg Melayu Subang di Warung Subang Pit Stop, Kg Melayu Subang pada 11 November 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :