AGENDANASIONALSELANGOR

Cegah jenayah siber, Selangor tubuh pasukan tindak balas kecemasan

SHAH ALAM, 25 NOV: Sejumlah RM20 juta diperuntuk dalam Belanjawan Selangor 2023 untuk meningkatkan tahap keselamatan siber di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar berkata Pasukan Tindak balas Kecemasan Siber (CERT) Selangor berfungsi untuk melindungi, mengesan dan bertindak-balas terhadap serangan siber.

“Pembentukan CERT Selangor dimulakan dengan sekurang-kurangnya lima perjawatan yang akan bertanggungjawab terhadap keselamatan sistem, data serta infrastruktur ICT negeri.

“Pasukan CERT akan diperkasakan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan siber di negeri ini berada pada tahap optimum,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan 2023 hari ini.


Pengarang :