Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Shah Alam Azli Yusof (kiri) mengedarkan risalah kempen kepada pengunjung di pasar malam Padang Jawa, Shah Alam pada 11 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

HARAPAN mampu pulihkan ekonomi, stabilkan negara

SHAH ALAM, 12 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) berkebolehan memulihkan ekonomi dan menstabilkan Malaysia jika diberi mandat lima tahun mentadbir negara.

Calon HARAPAN Parlimen Shah Alam berkata rakyat juga berhak menentukan kerajaan yang lebih layak jika gabungan itu terbukti gagal dalam tempoh berkenaan.

“HARAPAN ingin membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa gabungan ini mampu memulihkan ekonomi dan menstabilkan negara ke arah yang lebih baik,” kata Azli Yusof.

“Justeru, sekiranya diberi mandat pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kita akan memastikan rakyat tidak terbeban dengan isu berunsur khianat dan amalkan rasuah.”

Bercakap pada Ceramah Mega Shah Alam di Bilik Gerakan Seksyen 17 di sini malam tadi, Azli yakin mampu meraih sokongan rakyat dan mengekalkan kerusi HARAPAN di situ.

“Sepanjang seminggu berkempen, penerimaan penduduk Shah Alam terhadap saya dilihat baik dan rata-rata daripada mereka juga kenali saya,” katanya.

Azli berdepan pencabar Dr Afif Bahardin (Perikatan Nasional), Isham Jalil (Barisan Nasional) dan Rafique Rashid (Pejuang) pada PRU15.


Pengarang :