Penduduk meredah banjir menggunakan motosikal ketika tinjauan di Kampung Tersang, Rantau Panjang, pada 14 November 2022. Foto Bernama
AGENDANASIONAL

JPS: Jangkaan banjir kilat di semua negeri kecuali Negeri Sembilan

SHAH ALAM, 20 NOV: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan yang meramalkan kemungkinan banjir di semua negeri kecuali Negeri Sembilan bermula jam 6 petang semalam dalam tempoh 24 jam.

JPS dalam kenyataan itu memaklumkan lima daerah yang mungkin terjejas di Selangor adalah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling dan Sepang.

Daerah Klang melibatkan Pekan Pandamaran, Bandar Klang, Kapar, Pekan Kapar serta kawasan sekitar manakala Kuala Langat pula di Kelanang, Tanjung Duabelas, Mukim Bandar, Pekan Chodol, Pekan Jenjarom, Telok Panglima Garang dan sekitar.

Kuala Selangor membabitkan Kampung Asahan serta kawasan sekitar sementara di daerah Petaling kawasan terlibat ialah Damansara, Bandar Hicom, Pekan Batu Tiga, Bandar Shah Alam, Bukit Raja, Sungai Buloh dan sekitar.

Di Sepang kawasan yang dijangka terjejas ialah Pekan Tanjung Mas, Sepang, Dengkil serta kawasan sekitar.

“Berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS Malaysia, terdapat risiko kejadian banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku,” menurut notis berkenaan.

Lokasi berisiko banjir kilat menurut notis JPS adalah seperti berikut:

Johor: Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Muar
Kedah: Kota Setar, Kuala Muda, Kubang Pasu, Kulim, Pendang
Kelantan: Bachok, Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah
Melaka: Alor Gajah, Jasin, Melaka Tengah
Pahang: Bentong, Bera, Kuantan, Maran, Rompin, Temerloh
Terengganu: Besut, Kemaman
Perlis: Arau, Kangar, Padang Besar
Perak: Bagan Datuk, Hilir Perak, Kerian, Larut, Matang, Selama, Manjung
Pulau Pinang: Barat Daya, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut
Selangor: Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sepang
Sarawak: Kuching, Bintulu, Limbang, Miri, Samarahan, Serian
Sabah: Beaufort, Penampang


Pengarang :