Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap ketika Peluncuran Buku Membangun Negara Madani Visi dan Kerangka Dasar Reformasi di Hotel Tamu, Kuala Lumpur pada 3 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kaji selidik: Anwar pilihan sebagai PM, atasi Ismail Sabri dan Muhyiddin

SHAH ALAM, 4 NOV: Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim tokoh pilihan rakyat sebagai perdana menteri berdasarkan kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE).

Calon Parlimen Tambun itu memperoleh 29.6 peratus mengatasi Perdana Menteri sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (25.9 peratus) dan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin (20.7 peratus).

Pengerusi Gerakan Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menerima 6.8 peratus, Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (1.8 peratus) manakala lain-lain pemimpin (15.1 peratus).

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) merasmikan Peluncuran Buku Membangun Negara Madani Visi dan Kerangka Dasar Reformasi di Hotel Tamu, Kuala Lumpur pada 3 November 2022. Turut sama Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Kaji selidik antara 21 hingga 28 Oktober itu melibatkan 2,423 responden semua parlimen di Semenanjung Malaysia yang dibuat secara bersemuka melibatkan kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain, semua berusia 18 tahun ke atas.

Keputusan Survei Mood Rakyat Malaysia Menjelang PRU15 dibentang Pengerusi IDE Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan dalam majlis pelancaran buku Membangun Negara Madani: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi di Kuala Lumpur semalam.

Naskhah setebal 187 halaman itu versi bahasa Melayu kepada SCRIPT-For a Better Malaysia yang dilancar pada 2 Oktober. Penghasilan buku berkenaan hasil rangkuman idea Anwar ketika beliau meringkuk di Penjara Sungai Buloh.


Pengarang :