Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan murah dalam program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sungai Tua di Flat Putri Laksamana, Gombak pada 1 November 2022. Foto AZIAN AZIZ/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Peluang beli barang asas murah, daftar air percuma di Gombak esok

OLEH AZIAN AZIZ

GOMBAK, 1 NOV: Orang ramai yang belum memohon Skim Air Darul Ehsan boleh berbuat demikian di tiga lokasi program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) di Parlimen Gombak mulai esok.

Selain skim air percuma, penduduk juga boleh membeli barangan keperluan asas anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di parkir Masjid Shariff, Kampung Simpang 3.

Turut dibuka kaunter penerangan Skim Insurans Am Selangor (INSAN) dan Iltizam Selangor Sihat, maklum Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua A Rahim Kasdi.

Beliau menjelaskan usaha itu berikutan ramai penduduk yang tidak mendapat maklumat tepat mahupun peka terhadap manfaat yang ditawarkan Kerajaan Negeri.

“Ramai yang ingat program air percuma sudah ditamatkan di Selangor sedangkan mereka tidak tahu mereka perlu mendaftar semula bagi memastikan hanya yang benar-benar layak dapat,” katanya.

Beliau yang ditemui pada program JER di Flat Putri Laksamana, Batu Caves hari ini turut yakin sasaran 100,000 akaun pengguna berdaftar untuk menyertai program tersebut tercapai.

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan www.airselangor.com sehingga 31 Disember 2024 dengan had pendapatan bulanan isi rumah bawah RM5,000.

Syarat permohonan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia dan menetap di Selangor
  • pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
  • kediaman mempunyai meter individu
  • layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja

Pengarang :