Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Bangi Syahredzan Johan ketika berkempen di pasar pagi Kampung Baru Batu 11, Cheras pada 12 November 2022. Foto ALANG BENDAHARA/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Peruntukan besar, program Islam subur bukti DAP tidak kuasai HARAPAN

OLEH ALANG BENDAHARA

BANGI, 15 NOV: Peruntukan tinggi untuk hal ehwal agama Islam dan suburnya kegiatan keagamaan di Selangor bukti Pakatan Harapan (HARAPAN) bukan dikuasai DAP sebagaimana tohmahan pihak tertentu.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Bangi Syahredzan Johan juga yakin pengundi terutama di negeri ini tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan tidak berasas itu meski ia sering diulang-ulang pihak lawan.

“Kita boleh nampak di Selangor, semua masjid diimarah. Semua masjid dapat peruntukan, tanyalah orang Selangor, mereka semua tahu.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Bangi Syahredzan Johan ketika berkempen di pasar pagi Kampung Baru Batu 11, Cheras pada 12 November 2022. Foto ALANG BENDAHARA/SELANGORKINI

“Di mana kita kurangkan peruntukan untuk agama Islam? Malah, kita semarak lagi apa yang ada, kita beri peruntukan,” katanya ketika berkempen di Pasar Pagi Kampung Baru Batu 11, Cheras pada 12 November.

Menegaskan dakwaan larangan azan di masjid dan surau sebagai tidak benar sama sekali, Syahredzan berkata pimpinan HARAPAN termasuk DAP berulang kali memberi penjelasan terhadap fitnah tersebut.

“Ini membuktikan semua ini propaganda untuk memecah belah pengundi Melayu hingga mereka kata kita kurangkan peruntukan, sampai ada orang kata tidak boleh laungkan azan di kawasan bawah DAP.

“Mana ada perkara sebegini, di Bandar Baru Bangi ada banyak masjid dan surau, mana ada azan didiamkan? Sama seperti di Pulau Pinang walaupun kerajaan negeri dikuasai DAP. Ini cuma propaganda tidak berasas fakta,” katanya.


Pengarang :