Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed pada sidang media di Kajang pada 5 September 2022. Foto BERNAMA
AGENDAJENAYAH

PRU15: Polis Selangor terima 290 laporan polis, tahan lima individu

SHAH ALAM, 17 NOV: Polis Selangor menerima 38 lagi laporan berkaitan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) menjadikan jumlah keseluruhan laporan sepanjang tempoh berkempen di negeri itu sebanyak 290.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya turut membuka empat lagi kertas siasatan semalam.

“Ini menjadikan laporan polis terkumpul sepanjang tempoh mulai 5 hingga 16 November 2022 sebanyak 290 laporan polis dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 23 kertas siasatan telah dibuka dengan tangkapan keseluruhan lima individu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arjunaidi berkata sebanyak 236 ceramah dan kempen berpermit telah diadakan oleh parti yang bertanding semalam, menjadikan jumlah keseluruhan program yang diadakan bagi tempoh kempen sebanyak 3,167.

– BERNAMA


Pengarang :