Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari diberi penerangan oleh ketua kumpulan penyelidik Mikania: Easy Healing Kit dari Fakulti Sains Kesihatan Universiti Selangor (Unisel) Sarimah Mat Nawi sempena Ekspo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi Selangor (SRIE) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 21 November 2021. Foto Facebook Unisel
AGENDANASIONALSELANGOR

RM2 juta rancak ekspo penyelidikan inovasi, jaya agenda negeri pintar

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 25 NOV: Program Ekspo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (SRIE) akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM2 juta tahun depan bagi merancakkan kolaborasi pelbagai sektor dalam bidang berkaitan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelaksanaan program berkenaan selaras dengan agenda menjadikan Selangor sebagai hab utama penyelidikan, pembangunan dan inovasi di negara ini.

“SRIE merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan dasar dan strategi pembangunan gugusan pendidikan dalam bidang penyelidikan.

“Program itu merupakan nadi ke arah Smart Selangor (negeri pintar) bagi memacu teras utama dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang telah dilancarkan sebelum ini,’’ katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.


Pengarang :