Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama penerima bantuan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2022 daerah Sabak Bernam sempena Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam pada 15 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

RM33.6 juta baik pulih 138 bangunan Jais terjejas banjir besar

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 26 NOV: Sebanyak RM33.648 diperuntuk bagi membaik pulih 138 bangunan seliaan Jabatan Kemajuan Islam Selangor (Jais).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan dana tersebut melibatkan kemudahan antaranya  sekolah, masjid dan surau yang rosak akibat banjir besar pada 18 Disember 2021.

“Sebanyak 33 sekolah, 32 masjid dan 73  surau yang alami kerosakan akibat bencana akan dibaiki dengan segera,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023.

Taburan hujan luar biasa selama dua hari pada tahun lepas menyebabkan banjir besar di Selangor, mengakibatkan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.


Pengarang :