Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dengan bantuan Pasukan Polis Marin Wilayah Satu melepaskan bongkah abu al-Quran di Pulau Angsa, Kuala Selangor. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

Zakat Selangor lupus abu al-Quran yang rosak akibat banjir

SHAH ALAM, 30 NOV: Lembaga Zakat Selangor (LZS) melepaskan bongkah abu Al-Quran di perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor, semalam.

Bongkah abu berkenaan adalah hasil pelupusan al-Quran yang rosak ketika banjir besar melanda Selangor tahun lalu.

“Hari ini kami bersama-sama Jabatan Agama Islam Selangor dengan bantuan Pasukan Polis Marin Wilayah Satu ke Pulau Angsa untuk melepaskan abu yang telah diproses ke laut.

“Ia adalah sebagai proses pemulian pelupusan teks ayat-ayat suci al-Quran,” katanya di Facebook.

Agensi tersebut memaklumkan proses pelupusan itu melibatkan 350 tan teks al-Quran dan buku-buku agama yang rosak.

Katanya LZS menyalurkan RM490,000 dari dana Fisabilillah dan wakalah zakat Gas Malaysia Berhad untuk proses tersebut.

“Turut disalurkan RM100,000 untuk penggantian al-Quran yang rosak,” katanya.

Video proses pelupusan itu boleh ditonton di pautan berikut:
https://www.instagram.com/tv/Clh6k67t5un/


Pengarang :