Hari pertama pelatih IBDE, Diyanah (tiga dari kanan) melapor diri di Akademi Jawi Malaysia (AJM) di bawah selian Pengarah Penerbitan AJM, Cik Norziati Rosman. Foto Facebook Inisiatif Buku Darul Ehsan – IBDE
AGENSISELANGOR

IBDE jalin kerjasama dengan Akademi Jawi Malaysia dalam cakupan sumber manusia

SHAH ALAM, 22 DIS: Buat julung kalinya Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) menjalinkan kerjasama bersama Akademi Jawi Malaysia (AJM) dalam cakupan sumber manusia.

Menurut agensi penerbitan buku itu, seorang pelatih ditempatkan di AJM bertujuan untuk mendalami dunia perbukuan selama satu minggu bermula semalam.

“Terima kasih AJM kerana sudi bersama IBDE merintis usaha perbukuan rentas syarikat. Semoga industri perbukuan terus mekar apabila kita saling belajar sebegini,” jelas IBDE di Facebook.

Menerusi usaha itu, IBDE turut berharap dunia perbukuan menjadi lebih luas dalam usaha mengangkat martabat ilmu dan buku.

IBDE ditubuhkan pada 2016 sebagai satu usaha untuk merancakkan aktiviti penterjemahan, memperkaya perbendaharaan ilmu dan khazanah bacaan bahasa Melayu.


Pengarang :