Jaguh larian menara dunia Soh Wai Ching berkongsi kegembiraan bersama Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir di pejabatnya pada 9 Disember 2022. Foto Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya
PBTSELANGOR

Jaguh larian menara dunia kongsi kegembiraan bersama Datuk Bandar Petaling Jaya

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 11 DIS: Jaguh larian menara dunia Soh Wai Ching bertemu dengan Datuk Bandar Bandaraya Petaling Jaya di pejabatnya kelmarin.

Mohamad Azhan Md Amir mengucapkan tahniah kepada atlet tajaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya atas pencapaian dilakar sehingga mengungguli kedudukan pertama di dunia.

“Terima kasih kerana kibar bandera MBPK di puncak dunia,” katanya menerusi Facebook.

Wai Ching dalam pertemuan berkenaan menunjukkan medal dan piala dimenanginya sepanjang kejohanan disertai dari Ogos hingga Disember 2022.

Sepanjang kejohanan tempoh tersebut, atlet berusia 27 tahun itu menjuarai Germany Towerrunning National Championship, Zagrebcanka 512 Tower Run, YMCA Stair Climb, Base 2 Space – Seattle dan Empire State Building Run Up – New York City.

Selain itu beliau turut memenangi Tunnel 2 Towers Tower Climb Tampa – Florida, RNLI Tower Run – London, United, HCMC Sky Run – Ho Chi Minh City, Vietnam, Dubai Holding Sky Run dan MBPJ Tower Run – Petaling Jaya.

Wai Ching memenangi kesemua Kejohanan Larian Menara tersebut dengan pencapaian enam rekod kejohanan.


Pengarang :