Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Mohd Sabirin Mohd Sarbini ketika majlis sumbangan zakat kepada Tabung Kebaikan Pesakit Hospital dan Geran Pendidikan Anak OKU di Auditorium 1 Hospital UiTM Puncak Alam pada 2 Disember 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

LZS salur dana RM665,000 perkasa pendidikan OKU

Oleh DIANA ABD WAHAB

PUNCAK ALAM, 3 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan peruntukan berjumlah RM665,000 bagi memperkasa pendidikan golongan orang kurang upaya (OKU).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata pendekatan agihan proaktif dan holistik itu memfokuskan pendidikan kanak-kanak OKU yang mengalami masalah autisme, hiperaktif, lembam, down sindrom dan lambat pertuturan (speech delay).

“Bantuan tahunan ini disalurkan kepada 22 institusi yang menguruskan pendidikan bagi melancarkan pengurusan dan pembangunan mereka.

“Tujuan bagi membantu institusi ini khususnya dalam bidang pendidikan agar pelajar OKU dapat belajar dengan sempurna.

“Pembelajaran dan terapi amat penting bagi meningkatkan fungsi sosial dan komunikasi dalam menjalani kehidupan terutama apabila berdepan dengan masyarakat,” katanya pada Majlis Serahan Sumbangan Dana TKPH di Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi Mara (UiTM), semalam.

Antara yang menerima sumbangan adalah Malaysia High Functioning Autism Association berjumlah RM50,000; Suria Special Needs Care Centre (RM40,000) dan Pusat Jagaan Terapi Autistik Nouri (RM35,000).


Pengarang :