Kakitangan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyerahkan bantuan makanan asas kepada keluarga yang terputus pendapatan di Kuala Selangor, Petaling dan Klang baru-baru ini. Foto Facebook Majlis Agama Islam Selangor
AGENSISELANGOR

Mais agih makanan, bantu 663 keluarga terputus pendapatan

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 9 DIS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) baru-baru ini menyampaikan agihan fidyah berjumlah RM79,560 kepada 663 keluarga di tiga daerah yang terputus pendapatan.

Agensi itu di Facebook memaklumkan sumbangan bernilai RM120 sekitar Kuala Selangor, Petaling dan Klang meliputi makanan asas seperti beras, tepung, minyak dan gula.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan beban mereka semua,” kata Mais.

Institusi itu memberitahu agihan dibuat dengan kerjasama 30 Rakan Strategik Agihan Fidyah Mais daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Selangor dan Masjid Ar-Ridzuan Bestari Jaya.

Turut serta ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Indah Klang dan SK Seksyen 20 Shah Alam.

 


Pengarang :