Setiausaha Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Julaiha Jamaludin (dua, kanan) melepaskan peserta jalan santai 3 kilometer sempena Hari Tanpa Kenderaan di Padang Perbandaran MPAJ Pandan Indah, Ampang pada 14 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPAJ anjur Hari Aids Sedunia, pelbagai aktiviti menanti pengunjung

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 13 DIS: Orang ramai dijemput menghadiri program Hari Tanpa Kenderaan (HTK) sempena Hari Aids Sedunia anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Ahad ini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Sekretariatnya berkata pelbagai acara menarik menanti pengunjung pada program di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah bermula jam 7 pagi.

“Acara utama HTK kali ini adalah ‘Jalan Santai’ sejauh 6 kilometer yang terbuka untuk semua peringkat umur. Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan di laman Facebook MPAJ ataupun secara ‘walk in’.

“Baju T percuma turut disediakan untuk 1,000 peserta terawal dan pendaftaran adalah percuma,” kata Norhayati Ahmad dalam kenyataan.

Aktiviti lain yang disediakan ialah sukaneka khas orang kelainan upaya (OKU), pertandingan 3 vs 3 Street Soccer, pertandingan treasure hunt bertemakan Hari Aids Sedunia.

Selain itu, Hari Bertemu Pelanggan, pameran agensi, pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan kesihatan dan pergigian, petting zoo dan persembahan burung kakak tua.


Pengarang :