Petugas Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menangkap seekor lembu berkeliaran di kawasan larangan sekitar Kuala Langat pada 20 Disember 2022. Foto Facebook MPKL
PBTSELANGOR

MPKL tangkap lembu, pemilik elak lepaskan ternakan di kawasan larangan

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 22 DIS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menjalankan operasi menangkap lembu liar berikutan aduan penduduk di Banting dan Bandar Mahkota pada Selasa lalu.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata sebanyak dua ekor lembu dengan setiap seekor disita dalam operasi berkenaan yang dijalankan di dua lokasi terlibat.

“Ketika tinjauan mendapati terdapat beberapa ekor lembu di dua tempat itu dilepaskan di kawasan larangan yang menyalahi undang-undang dan menangkap dua daripadanya,” katanya menerusi Facebook.

MPKL menjelaskan tindakan melepas haiwan ternakan di kawasan larangan menyalahi undang-undang Peruntukan 4, Enakmen Mengawal Lembu Kerbau, MDKL 1971.

“Tangkapan dibuat di bawah Peruntukan 4(1)(A), di bawah Enakmen Lembu Kerbau 1971 yang sama,” ujarnya.

Sebarang pertanyaan lanjut atau aduan berkaitan, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Penguatkuasaan MPKL melalui talian atau WhatsApp 012-300 4217.


Pengarang :