Kanak-kanak Orang Asli tekun mengikuti pembelajaran dalam talian menggunakan tablet di Kampung Orang Asli Ulu Batu, Hulu Yam, Gombak pada 16 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

PPAS pelawa pelajar B40 pinjam komputer menerusi Skim Sepintas

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 26 DIS: Orang ramai khususnya pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan (B40) berpeluang meminjam komputer Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (Sepintas) anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Agensi itu memaklumkan pinjaman boleh dilakukan di 50 cawangannya melalui permohonan pendaftaran dipautan www.ppas.gov.my/form_sepintas

Menurut PPS perkhidmatan itu membabitkan 10 unit komputer meja (desktop) dan 10 unit komputer riba (laptop) dengan tempoh pinjaman maksimum 60 hari.

“Perkhidmatan ini disediakan bagi menyediakan keperluan terhadap desktop dan laptop semakin tinggi disebabkan oleh kaedah pembelajaran yang berubah sejak pandemik melanda.

“Proses dan konsep pinjaman adalah sama dengan proses pinjaman buku, namun tempoh pinjaman adalah lebih lama iaitu maksimum 60 hari,” maklumnya di Facebook.

Kerajaan Negeri melancarkan Sepintas pada 2 Ogos lalu bagi mengurangkan kesenjangan digital dalam kalangan pelajar B40.

Dato’ Menteri Besar berkata insentif itu turut menyediakan jaringan internet, perisian terkini selain kerusi dan meja untuk keselesaan peminjam.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pentadbiran Kerajaan Negeri mengutamakan pendidikan bagi membentuk masyarakat berilmu dan cemerlang sekali gus menjamin kehidupan masa depan.

 


Pengarang :